No comment yet

Ketua Pengawas Negeri Melaka 2011-2012

DAERAH MELAKA TENGAH
BilNama SekolahBandar LokasiNama Ketua Pengawas
1SMK TUN TIJAHDurian Daun 
2SMK MUNSHI ABDULLAHBt Berendam
3SMK TUN MUTAHIR (INTEG)Bt BerendamIvy Ang
4SMK SERI TANJUNGTg Kling
5SMK AIR MOLEKAir Molek
6SMK KLEBANG BESARKelebang
7SMK BUKIT BARUBukit Baru
8SMK TUN HAJI ABD MALEKCheng
9SMK BUKIT KATILBukit Katil
10SMK MALIMBertam Malim
11SMK PADANG TEMUPadang Temu
12SMK TELOK MASTelok Mas
13SMK BUKIT RAMBAIBukit RambaiMuhammad Faez Izuwan Munajat
14SMK AYER KEROHAyer Keroh
15SMK TINGGI MELAKABandaraya
16SMK GAJAH BERANGGajah Berang
17SMK TINGGI PEREMPUANDurian Daun
18SMK TINGGI ST DAVID (M)Bukit Baru
19SMK METHODIST (ACS) MELAKA (M)Tengkera
20SMK PEREMPUAN METHODIST (M)Tengkera
21SMK ST FRANCIS (M)Banda Hilir
22SMK INFANT JESUS CONVENT (M)Banda Hilir
23SMK CANOSSA CONVENT (M)Ujung Pasir
24SMK KATHOLIK (M)Gajah Berang
25SMK NOTRE DAME CONVENTGajah Berang
26SMK YOK BIN (CF)Ayer Leleh
27SMK TUN TUAHBacang
28SMK DURIAN DAUNDurian Daun
29SMK TINGGI CINA MELAKAMalim
30SMK SERI KOTAAyer LelehMarcus Guan Teck Wai
31SM SAINS MUZAFFAR SHAHAyer Keroh
32SMKT MELAKA TENGAHBkt Katil
33SMKT BUKIT PIATUBukit Piatu
34SMKA SULTAN MUHAMMADBt Berendam
35SMKA SHARIFAH RODZIAHTelok Mas

DAERAH JASIN

BilNama SekolahBandar LokasiNama Ketua Pengawas
1SMK ISKANDAR SHAHJasin
2SMK DATO' ABDUL RAHMAN YA'KUBMerlimau
3SMK TUN PERAKJasin
4SMK SRI MAHKOTAUmbai
5SMK SIMPANG BEKOHAsahanMuhammad Amirul Asyraff  Kamarudin
6SMK SELANDARSelandar
7SMK SUNGAI RAMBAISungai RambaiMuhammad Fauzan Hashim
8SMK NYALASAsahan
9SMK SERI BEMBANBemban
10SMK DATUK BENDAHARAJasin
11SMK DANG ANUMMerlimau
12SMK JASINJasin
13SMK TEKNIK JASINJasin
14SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI SELANDARSelandar
 
DAERAH ALOR GAJAH

BilNama SekolahBandar LokasiNama Ketua Pengawas
1SMK GHAFAR BABAMasjid Tanah
2SMK DATO' HAJI TALIB KARIMMasjid Tanah
3SMK RAHMATKuala Sg Baru
4SMK ADE PUTRAMasjid Tanah
5SMK NANINGTaboh Naning
6SMK LUBOK CHINALubok China
7SMK HANG KASTURIMasjid Tanah
8SMK SUNGAI UDANGSungai Udang
9SMK DURIAN TUNGGALDurian Tunggal
10SMK TEBONGTebong
11SMK SERI PENGKALANAlor Gajah
12SMK PULAU SEBANGPulau Sebang
13SMK SULTAN ALAUDDINMasjid Tanah
14SMK SULTAN MANSOR SHAHPulau SebangMohd Aidil Mat Tan
15SMK DATO' DOL SAIDKelemak
16SMK KEM TERENDAKSungai Udang
17SMKT DATUK SERI MOHD. ZINPengkalan
No comment yet

Lagu Pengawas SMK Sungai Rambai

OLEH : MUHAMMAD FAUZAN HASHIM
Lagu pengawas SMKSR

kami pengawas SMK Sungai Rambai
berdisiplin dan berwibawa
kami berbakti untuk sekolah
pertama dalam semua.

Menukar kesempitan jadi kesempatan
menukar masalah jadi cabaran
menukar halangan jadi ganjaran
itulah falsafah kepimpinan.

Kami berbakti adil dan saksama
jujur,ikhlas serta amanah
menjaga maruah diri dan sekolah
demi kesejahteraan pendidikan negara.

Music and lyrics : zanhashim@musician (muhammad fauzan hashim)
No comment yet

7 Golongan yang mendapat perlindungan 'Arasy

Editor : Shuaida Shakri

Sebagaimana kita maklum bahawa betapa dahsyat huru hara hari mahsyar, ada orang yang rapat satu jengkal sahaja letaknya matahari di atas kepala. Bagaimana panasnya. manusia pada hari itu berpeluh bahkan berasak-asak dengan tidak berpakaian.

Lalu Saidatina Aisyah bertanya Rasulu1lah: "Tidakkah mereka malu!" Lalu Rasulu1lah gambarkan bahawa mereka tidak sempat untuk mengambil tahu tentang keadaan diri mereka kerana betapa huru haranya hari tersebut. Di dunia jika air banjir, bumi tengggelam tetapi di mahsyar peluh manusia membanjirinya, Bagaimanapun air peluh ini, bergantung kepada amalan manusia.

Walaupun duduk ditempat yang sama tetapi ini adalah kuasa Allah S.W. T. Kepanasan itu dapat dilindungi dengan naungan Allah. Oleh itu didapati hanya tujuh golongan sahaja yang dapat perlindungan Allah ini.

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim

Golongan pertama ialah pemimpin yang adil. Kerajaan yang adil (pemimpin yang adil), melaksanakan keadilan ketika melaksanakan tugasnya mentadbir negeri atau negara; Pemimpin sedemikian adalah orang yang pertama dilindungi dari pancaran cahaya matahari di mahsyar.

Golongan kedua ialah pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah. Sejak kecil lagi rnula ditarbiyyah dengan ibadat kepada Allah. cuba kita gambarkan anak-anak muda hari ini (dalam Negeri kita sendiri). Kehidupan anak muda hari ini amat membimbangkan, mereka diserang oleh budaya yang menyesatkan. Hampir tidak ada kampung yang selamat dari budaya dadah. Alangkah baiknya kalau perubahan berlaku dengan kerjasama dari berbagai pihak. Bagaimanakah caranya kita melahirkan pemuda yang beriman? Jadi tanggung-jawab kerajaan, ibu bapa dan pendidik. Mereka dibesarkan di kalangan ibu bapa mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:



"Setiap manusia dilahirkan dalam keadaan bersih (Fitrah atau Islam), Tetapi kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi."Jika namanya tetap Islam pun, perangainya macam Yahudi, Yahudi dari segi urus niaga dengan riba', Mereka mengama1kan budaya Yahudi. Bagaimanapun pendidikan dan pentadbiran adalah tanggungjawab kerajaan, Oleh itu amatlah bertuah kalau kita berjaya mendidlk rakyat khususnya pemuda menjadi orang beriman. Mereka mendapat perliridungan di hari kiamat.


Golongan ketiga ialah lelaki yang hatinya sentiasa berhubung dengan masjid. Dia buat jadual untuk ke masjid melaksanakan ibadat solat, dengar nasihat imam dan nasihat agama.

Golongan keempat dua orang hamba Allah yang bertemu dan berpisah kerana Allah.Berkasih sayang kerana cinta tidak tahu hujung pangkal dan berteraskan hawa nafsu, tidak mendapat perlindungan Arasy. Ada juga orang berkasih sayang kerana harta benda dan sebagainya tetapi yang mendapat perlindungan Arasy hanya orang yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah.

Golongan kelima ialah seorang lelaki digoda oleh seorang wanita yang berkedudukan dan berharta dalam masyarakat serta rupawan lalu lelaki berkenaan menolak pelawaan perempuan itu kerana takutkan Allah. Begitu juga seorang wanita yang digoda oleh seorang lelaki walaupun dijanjikan dengan ganjaran lumayan dan tawaran istimewa tetapi dia menolak tawaran itu kerana takutkan Allah.

Golongan keenam ialah seorang lelaki dermawan, menghulurkan bantuan kepada orang susah tetapi menyembunyikan amalannya seolah-olah tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Ertinya dia tidak isytihar sedekah di khalayak ramai dengan menunjukkan replika cek besar-besaran supaya orang ramai mengetahuinya. Dengan itu dia akan mendapat pujian orang. Tetapi dalam permasalahan ini,jikalau bersedeqah secara terang-terangan tetapi dgn niat untuk menggalakkan org lain juga berlumba2 bersedeqah,itu adalah unjuran agama,cuma bersedeqah secara sirr(rahsia) adalah lebih baik.

Golongan terakhir iaitulah golongan ketujuh, seorang lelaki atau perempuan yang berzikir sehingga menitiskan air mata dalam keadaan tidak dilihat oleh orang lain kecuali malaikat Allah.

Zikir ini amat luas maknanya, termasuklah kita meneliti fail-fail kerja pentadbiran tetapi tidak sampai matlamatnya , lalu dia menitiskan air mata merasakan kerdil dirinya dan merasai betapa Agung dan hebatnya Allah.

Kesimpulannya bahawa manusia perlu mendapat perlindungan arasy atau dengan kata lain mendapat perlindungan Allah pada hari kiamat ketika huru-hara hebat berlaku di padang mahsyar.

la bergantung kepada amalan seseorang itu, sejauh mana ia menjadi pemimpin yang adil, sejauh mana menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa beribadat kepada-Nya, sejauh mana berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah, sejauh mana pergantungan hati kepada masjid dan perkara lain yang disebut di dalam hadith ini, dilaksanakan oleh kita semua. Oleh itu kita mestilah muhasabah diri, adakah kita tergolong di kalangan mereka berkenaan. Jika ada kita hendaklah bersyukur kepada Allah atas segala petunjuk yang dikurniakan kepada kita. Jika tidak, kita hendaklah berusaha sedaya upaya kita supaya tergolong di kalangan mereka yang mendapat perlindungan itu di hari tiada pelindung yang boleh menyelamatkan diri darinya melainkan perlindungan Allah S.W.T.
No comment yet

JENIS-JENIS PEMIMPIN

EDITOR : MAZIAH SYAFIQAH

1.      PEMIMPIN KETAM
   
    ·      Kelemahan
  • Cakap tidak serupa bikin
  • Bikin tidak serupa cakap
  • Bikin kurang bercakap
  • Banyak bercakap kurang tidak bikin
2.      PEMIMPIN ULAR
·      Kelebihan
  • Berani
  • Agresif
  • Digeruni
  • Sentiasa dielak
·      Kelemahan
  • Cepat melatah
  • Agresif- sentiasa menyerang

3.      PEMIMPIN UNTA
  • Kuat dan gagah
  • Tenang
  • Daya tahan tinggi
  • Dipercayai
  • Setia
  • Senang minta bantuan
  • Setia

4.      PEMIMPIN HARIMAU
  • Gagah tetapi sombong
  • Ditakuti
  • Sentiasa dielak
  • Menjadikan orang lain mangsa
  • Agresif

5.      PEMIMPIN LEBAH
  • Makanan yang berkualiti
  • Berguna kepada semua orang
  • Menjadi rebutan
  • Kerjasama
  • Kerja berpasukan
  • Bekerja kuat
  • Output berkualiti
6.      PEMIMPIN LALAT
  • Tidak disukai
  • Meletakkan diri dalam suasana kotor
  • Input tidak berkualiti
  • Output yang tidak disukai
  • Bertindak bersendirian
No comment yet

Pemimpin perlu bijak memimpin

Pemimpin perlu bijak memimpin
EDITOR : MUHAMMAD AMIRUL ASYRAFF KAMARUDIN
TANGGUNGJAWAB sebagai pemimpin amat berat untuk dilaksanakan. Ia tidak sekadar dinilai di dunia, bahkan adalah antara amalan yang menjadi perhitungan berat di akhirat kelak. Setiap pemimpin akan menghadap Allah dan disoalkan apakah yang telah dilakukan berkaitan amanah sebagai pemimpin.

Antara ciri pemimpin yang baik ialah mengasihi dan mengambil berat soal kebajikan orang dipimpin, menyediakan keadaan selamat, selesa dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan peribadi.
Oleh itu setiap pemimpin perlu mempunyai visi dan misi untuk kepentingan semua pihak. Semua perancangan dilakukan dengan teliti, bijak, fleksibel, berasas dan memahami keperluan semasa bagi membantu kejayaan.
Pemimpin yang baik tidak sekadar melaungkan slogan retorik, tetapi apa lebih penting ialah memahami kebenaran dan kesan terhadap apa yang diucapkan. Pemimpin yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan tidak bermegah dengan jawatan dipegangnya.

Mana-mana pemimpin yang menggunakan slogan, hukum, kata-kata dan keputusan mutlak daripadanya sebagai senjata mengabuli mata rakyat, sedangkan ia tidak benar dan tidak mampu dilaksanakan, sebenarnya telah melakukan pendustaan yang menyesatkan diri dari jalan kebenaran.
Sesungguhnya setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap apa diucapkan. Ucapan pemimpin adalah janji, arahan, kenyataan dan mungkin juga dianggap hukum. Sebab itu, pemimpin tidak wajar mengeluarkan kata-kata ikut sedap mulut.

Individu bergelar pemimpin perlu menjauhkan diri daripada melakukan amalan menabur fitnah dan janji dusta sebagai perangkap meraih sokongan. Perbuatan itu wajib dijauhi kerana ia adalah antara kezaliman lidah yang melenyapkan kebenaran dan menyembunyikan unsur-unsur kebenaran.

Justeru, pemimpin perlu menjauhkan perbuatan dusta dan mengubah perkara yang berkaitan kepentingan umum secara sewenang-wenangnya untuk kepentingan diri. Perbuatan itu samalah perbuatan khianat terhadap kepercayaan yang diberikan oleh rakyat atau ahli.
Satu lagi sifat mulia yang perlu dimiliki pemimpin ia sanggup menerima kritikan daripada orang bawahan. Kritikan adalah cara memperbaiki keburukan dilakukan pemimpin. Pemimpin juga tidak terlepas daripada melakukan kesalahan.

Pemimpin yang mengaku kesilapan sebenarnya pemimpin paling amanah dan benar.
sumber: http://www.utusan.com.my/
No comment yet

Pengurusan Blogger


PEMIMPIN NEGERI MELAKA
Jawatankuasa Kelab Pengawas Negeri Melaka


SENARAI AHLIJAWATANKUASA PENGURUSAN


NO
NAMA
TUGAS
1
Muhammad Amirul Asyraff Kamarudin
Pengerusi
2
Nur Shuaida Shakri
Ketua Administator Blog
3
Maziah Syafiqah
Ketua Editor
4
Muhammad Fauzan Hashim
Wartawan
5
Muhd Fairuz
Editor – Hal Pengawas
6
Lee Yen Hui
Editor – Disiplin & Rencana dalam Bahasa Cina
7
Muhd Ridwan Idris
Editor – Teknologi
8
Nur Zulaikha
Editor – Kerohanian dan Moral
9
Aiman Mazman
Editor – Teknik & Vokasional
10
Muhd Syuib
Editor – Aktiviti & Gambar Pengawas
11
Nagappan Athappan
Editor – Rencana dalam Bahasa Inggeris & Tamil
12
Nurul Haliza
Editor – Buletin Sekolah